MENGAPA DAH ADA KERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN, INGIN JADI DISTRIBUTOR SHUANG HOR.
Edward Chien (55 tahun, 2024) seorang akauntan
bertauliah. Dia menerima ijazah perakaunan daripada Universiti Utara Malaysia
pada tahun 1993 dan lulus peperiksaan akauntan awam professional MICPA pada
tahun 1997.
Bermula dari tahun 1993, Edward telah bekerja di
beberapa syarikat besar, pertama dengan firma perakaunan Pricewaterhouse
Coopers (PwC) selama 17 tahun, dan selepas itu dia pernah bekerja dalam
industri perbankan, syarikat penerbangan, penyiaran, serta pernah bekerja di
Vietnam selama 5 tahun. Kita boleh katakan dia mempunyai kemajuan kerjaya yang
baik, tetapi selepas memikul jawatan sebagai Pengarah Perancangan Strategik,
dia telah memutuskan untuk menukar haluan kerjaya dan kehidupan.
Pada tahun 2024, Edward menjadi pengedar Shuang Hor
sepenuh masa.
Satu perkara menarik ialah dia mengelar sejarah
kerjaya dia sebagai "30 tahun pertama dari umur 25- 55 tahun" dan
kini dia telah membuat perancangan
strategik untuk "30 tahun kedua dari umur 55-85
tahun". Dalam perancangan strategik ini, Shuang Hor ialah tulang belakang
untuk mencapai impian Edward dari segi kesihatan baik, kebebasan masa, dan
kewangan yang mencukupi.
Edward juga berterima kasih kepada isterinya, Rachel
Chan, kerana pada tahun 2015, Rachel, mengatakan bahawa dia bersedia untuk
menjadi seorang janda(!). Isterinya berkata demikian kerana dia kecewa dengan
keadaan kesihatan Edward yang semakin merosot. Kenyataan itu menyedarkan Edward
bahawa dia bukan sahaja menukarkan masa untuk mendapatkan wang, tetapi juga
dengan kesihatannya.
Nasib baik, Rachel Chan adalah pengguna produk Shuang
Hor sejak 2006 dan kerana
produk Shuang Hor, Rachel telah sembuh dari resdung
(sinusitis). Rachel juga kelihatan lebih sihat dan Edward mendapati ke-empat
anak- anak mereka kurang jatuh sakit selepas makan produk Shuang Hor.
Pada tahun 2019, Edward mencuba Pelan 111 Kopi CEO
dan tertarik dengan betapa mudahnya untuk diduplikasikan. Beliau juga melawat
ladang bioteknologi dan kilang Lingzhi Shuang Hor di Taiwan dan kagum dengan
etika dan falsafah kerja mereka.
Hari ini, Edward jauh lebih sihat dan berusaha ke
arah impiannya dengan Shuang Hor.
Nak Join >>> https://www.ceocafe2u.com


No comments:
Post a Comment