📌 GANODERMA, BOLEHKAH JADI ANTIDOT UNTUK KANSER?
James bond bukan satu-satunya yang mempunyai lesen untuk membunuh,Malaysian Study on Cancer Survival (MySCan) 2018 melaporkan bahawa kanser merupakan punca kematian keempat utama di Malaysia.
Selama bertahun-tahun, berlaku peningkatan bilangan pesakit yang di diagnosis dengan kanser, malah sesetengahnya telah menjadi punca utama kematian setiap tahun.
Kemajuan teknologi perubatan telah banyak meningkatkan kualiti hidup manusia dengan kejayaan rawatan kemoterapi. Walau bagaimanapun, faktor seperti ketoksikan rawatan kemoterapi menyebabkan dos yang diberi kepada pesakit rawatan perlu dihadkan kerana ia berisiko menimbulkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Pesakit kanser akan cuba sedaya-upaya untuk memerangi penyakit ini seperti menguruskan gejala dan berdepan dengan kesan sampingan rawatan kanser. Namun begitu, kekurangan ubat baharu untuk mengatasi kesan sampingan rawatan tersebut telah mendorong pesakit untuk menggunakan ubat-ubatan semula jadi pada masa yang sama.
Ramai orang beralih kepada rawatan komplimentari dan perubatan alternatif (PT&K) untuk tujuan tersebut. Cendawan ubatan, juga dikenali sebagai Ganoderma atau Ling Zhi telah menjadi semakin popular disebabkan oleh meluas penggunaannya dalam mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser.
Ganoderma telah digunakan secara meluas oleh ramai orang di China dan Jepun sejak beberapa abad yang lalu sebagai rawatan alternatif kepada rawatan kanser konvensional.
Di samping itu, penggunaan Ganoderma juga menjadi semakin popular di Malaysia dan Singapura dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Terdapat semakin banyak bukti yang menunjukkan bahawa gabungan herba tradisional dan ubat-ubatan konvensional boleh membantu mengurangkan gejala kesan sampingan rawatan kanser dan seterusnya meningkatkan kadar pemulihannya. Oleh itu, penggunaan Ganoderma sebagai pendekatan integratif kepada terapi konvensional dipercayai memberi manfaat kepada pesakit kanser dengan mengambil kira kesan potensi imunostimulasinya, iaitu membantu merangsangkan tindak balas sistem imun dengan berterusan terhadap pembahagian sel yang tidak normal, bertujuan untuk meningkatkan imuniti badan.
Ganoderma terdapat dua kumpulan komponen bioaktif utama yang bertanggungjawab ke atas kesihatan, iaitu polisakarida dan triterpenoid. Mekanisme tindakan asas dikaitkan dengan polisakarida yang berperanan menghalang pertumbuhan sel kanser dan metastasis. Sebatian tersebut juga didapati mempunyai keupayaan untuk merangsang tindak balas imun semula jadi dan adaptif.
Triterpenoids dianggap mempunyai kesan sitotoksik terhadap sel kanser tertentu. Sehubungan dengan itu, ia boleh menghalang aktiviti kitaran sel dalam sel kanser. Secara ringkasnya, sebatian bioaktif yang terdapat dalam Ganoderma ini boleh memodulasi aktiviti sistem imun, iaitu sama ada merangsang atau menindas tindak balas imun seperti yang diperlukan, menjadikannya pilihan yang baik untuk penjagaan sistem imun untuk jangka masa panjang.
Penggunaan Ganoderma sebagai herba unggul yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia semakin meraih perhatian di seluruh dunia. Aktiviti penyelidikan makmal terkini dan ujian pra-klinikal juga menunjukkan hasil yang menjanjikan terhadap kesan imunostimulasinya. Justeru, ia disyorkan sebagai makanan kesihatan yang berfungsi meningkatkan imuniti pesakit kanser dan seterusnya mengembalikan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka yang terjejas sebelum ini.
Info lanjut di https://lingzhi.emc2u.net
#antidot #kanser #ganoderma #lingzhi #reishi .
.
No comments:
Post a Comment