SEMBELIT BERDARAH
.
Sebenarnya saya sedih.
.
Masih ramai ibu bapa yang setiap bulan berulang-alik ke klinik kerana masalah sembelit anak. Jumpa doktor, buat rawatan, najis dah keluar tak lama kemudian sembelit jadi balik.
.
Saya bukan kata cara itu salah. Cuma saya nak mengajak kalian semua berpikir. Jika masalah yang sama masih berulang, mungkin sudah tiba masanya ada tindakan dan usaha kita yang perlu ditukar.
.
Adakah kita hanya merawat simptom, atau kita juga sedang mencari puncanya?
.
Jangan tunggu sampai sembelit anak semakin kronik atau sehingga berlaku pendarahan ketika membuang air besar. Once kita nampak je anak mula menunjukkan tanda-tanda seperti :
.
🚩meneran-neran ketika membuang air besar
🚩najis mulai keras
🚩beberapa hari tidak membuang air besar
🚩 atau mula takut untuk ke tandas
.
masa itu sebenarnya kita sudah perlu mula BERTINDAK.
.
Ramai menganggap sembelit hanyalah masalah najis tidak keluar.
.
Hakikatnya, matlamat kita bukan sekadar memastikan najis keluar hari ini. Kalau itu sahaja matlamatnya, kita mungkin akan bergantung kepada ubat julap atau enema setiap kali masalah itu berulang.
.
Yang lebih penting ialah memahami mengapa anak mula sukar membuang air besar.
.
Dalam banyak keadaan, sembelit yang berulang boleh menjadi petunjuk bahawa keseimbangan sistem gastrousus sudah mula terganggu. Persekitaran usus tidak lagi harmoni.
.
Untuk menghasilkan najis yang berkualiti dan dapat membuang dengan baik, sistem pencernaan memerlukan lebih daripada sekadar air kosong dan buah-buahan.
.
Keseimbangan bakteria baik (probiotik) dalam usus, enzim pencernaan, nutrisi yang mencukupi termasuk protein, serta fungsi usus yang sihat amatlah diperlukan.
.
Maka sebab itulah, saya sering mencadangkan supaya kita mula memberi sokongan kepada usus, antaranya melalui probiotik.
.
Pun begitu, saya juga nak pesan. Bukan semua probiotik memberikan hasil yang sama.
.
Kalau sudah mengambil probiotik tetapi masalah sembelit masih belum banyak berubah, jangan terus membuat kesimpulan bahawa "probiotik tidak berkesan".
.
Sebaliknya, mungkin kita perlu melihat dengan lebih mendalam.
.
✔️ Adakah strain yang digunakan sesuai?
✔️ Adakah tempoh pengambilan sudah mencukupi?
Mencari probiotik juga perlukan ilmu.
.
Probiotik yang baik bukan sekadar mempunyai banyak strain atau jumlah CFU yang tinggi.
.
Yang lebih penting ialah sama ada bakteria tersebut mampu bertahan melalui asid perut dan hempedu, kemudian kekal hidup sehingga tiba di usus untuk memberikan manfaat.
.
Kerana bakteria yang tidak berjaya sampai ke destinasi, sukar untuk menjalankan fungsinya dengan optimum.
.
Sebelum memilih probiotik, jangan hanya melihat kuantiti atau jumlah strain semata. Fahami juga KUALITI STRAIN tersebut dan bukti manfaatnya terhadap kesihatan usus.
.
Bila kita mula memahami puncanya, matlamat kita bukan lagi sekadar nak mengeluarkan najis, tapi membantu sistem gastrousus kembali berfungsi dengan lebih baik.
.
#SihatSecaraFitrah #KesihatanHolistik #GutHealth #KesihatanUsus #Sembelit #AmazingLingzhi
.
Credit: Amazing Lingzhi
.



No comments:
Post a Comment