Kepentingan Terus Bergerak
.
Tubuh kita dicipta untuk bergerak, bukan hanya duduk dan berehat.
.
Semakin meningkat usia, kekuatan otot, keseimbangan dan kelenturan tubuh boleh semakin berkurang jika kita kurang bergerak.
.
Sebab itu, jangan tunggu badan menjadi lemah baru mahu mula.
.
๐ถ♂️ Berjalan kaki
๐ช Bangun dan duduk dengan selamat
๐♂️ Buat regangan ringan
๐ Lakukan kerja-kerja harian
๐ช Latihan kekuatan mengikut kemampuan
.
Sedikit tetapi konsisten lebih baik daripada banyak tetapi hanya sekali-sekala.
.
Usia bertambah itu pasti.
Tetapi jangan biarkan usia menjadi alasan untuk berhenti bergerak.
.
๐ Terus bergerak mengikut kemampuan hari ini, supaya kita dapat mengekalkan keupayaan bergerak pada hari esok.
.
Jika ada masalah kesihatan atau pergerakan, pilih aktiviti yang sesuai dan dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu.
.
Kita nak solat tanpa guna kerusi, tak gitu ker.
.
#solat #kerusi #sujud #sehat
.
.



No comments:
Post a Comment