Thursday, July 3, 2025

FIGHTING ECZEMA

 ECZEMA DATANG TANPA DIUNDARA, NAK HAPUSKAN JUGA AMAT SUKAR

.


ECZEMA

KISAH NYATA;

.

Bila mula sedar Aiya ada Eczema?

---

Asalnya, lepas bersalinkan Baby M, Aiya ada gatal² kulit. Ringan² je. Benda biasa jadi setiap kali mengandung, dan lepas berpantang biasanya pelan² dia hilang. Paling lama tak sampai setahun lah dah takde gatal². 

.

Tapi kali ni, tak surut² gatalnya. Cumanya, sebab benda ni dah jadi seperti 2x bersalinkan anak sebelum ni, so takde la rasa pelik sangat. Sampailah baby M dah nak masuk 3 tahun, makin menjadi² pulak dan masa ni baru macam nak tersedar, tapi belum lagi 😅. Masa tu Kak N pun ada eczema sikit dan Ayahnya belikan krim botol hijau. Katanya krim tu tak ada steroid, bahan aktif adalah dari sumber tumbuh²an dan banyak testimoni kata bagus. Masa beli tu, Ayahnya cakap -- "You pun pakailah. Krim ni OK, takde #steroid". So sweet lah konon sebab memahami kehendak isteri yang anti racun dalam badan. 😘

.

Cumanya masa tu agak terkejut sebab tak sangka rupanya memang keadaan gatal kulitku dah agak kronik. Selama ni sibukkan hal kesihatan Kak N dan adik²nya yang lain, so tak perasan diri sendiri yang tengah perlukan bantuan.

.

Dah orang bagi, kita pakailah 😁. Dipendekkan cerita, sejak tu baru Aiya perasan 'how serious my eczema really was'. Dah mula ada simptom #Psoriasis, dan selepas itu, 'the rest is history...'

.

.

Alhamdulillah hingga ke harini, macam² pengalaman, emosi turun naik terjadi. Sekarang baru Aiya faham. Masa dalam fasa 'tak sedar' tengah sakit tu, sebenarnya itulah fasa Aiya 'in denial'. Tak nak mengaku sakit, dan oleh itu, tak nak ambil tindakan untuk berubah. Tak nak ubah lifestyle, tak nak ubah corak pemakanan, tak nak ubah 'mindset'. Dan bila dah terima kenyataannya, barulah badan kita sendiri akan berusaha untuk baik pulih selari dengan minda dan gerak kerja kita.

.

Selama ni Aiya tak pernah dengar orang 'share di Public' tentang perjalanan jerih payah megharungi 'healing crisis #eczema'. Kebanyakan hanyalah bagitau 'before and after'. Tapi setelah kira-kira 6 bulan melaluinya sendiri, Aiya terpanggil untuk berkongsi cerita macam mana Aiya lalui 'thought process' ketika :


🧑‍⚕ mengaku diri ini sakit dan perlu dirawat

🧑‍⚕ buat keputusan dan ambil tindakan

🧑‍⚕ melalui fasa krisis penyembuhan awal

🧑‍⚕ melalui fasa krisis penyembuhan akhir

.

Yang pasti, semua ini dapat Aiya lalui dengan tenang dan jayanya asbab ilmu asas badan dan bimbingan orang sekeliling yang amat² memahami. Ada juga orang keliling yang tak berapa faham tapi itu pun Aiya akan share macam mana untuk cekalkan hati dan jalan terus 😅. 'After all, it's my own body' yang sedang berusaha untuk keluar dari lembah kesakitan.

.

Pada yang bagi komen setiap kali Aiya kongsikan perjalanan #myeczemajourney, titipkan doa, bagi kata² semangat dan PM tepi kongsi pengalaman Uols alami benda yang sama... 

Terima kasih banyak. "I really² appreciate it. You know who you are. If you guys didn't reach out to me, I wouldn't have known we are fighting the same battle". Semoga kita semua bebas dari isu kesihatan kronik di masa akan datang 🥰.

.

InsyaAllah esok malam. Sahabat² yang sedang lalui, anak² yang sedang diuji, rakan taulan yang mungkin akan dapat manfaat, dijemput hadir ke sesi santai perkongsian #myeczemajourney organized by Team KOPI CINTA HATI . Ilmu percuma untuk semua.

No comments:

Post a Comment

My Podcast

Visitors

widgeo

Iran News