Assalamu'alaikum sahabat semua,
nak share sedikit kisah saya - AKU, DIA DAN LAGU - ADILA
https://youtu.be/VtfluN8sk7Q
SEMUANYA KETENTUAN ALLAH.
EPISOD 1️⃣
Aku memang tidak menduga mengapa aku di tukar ke Felda Tenggaroh Timur pada tahun 1️983, sedangkan aku sudah menjadi Pengurus Felda Tenggaroh Satu selama 5 tahun. .
Kerja di rancangan baru yang belum ada sempadan rancangan, amat membosankan. . Setiap pagi, aku masuk hutan ikut pasukan ukur yang memancang batu sempadan sementara, aku disertai beberapa orang Penyelia, naik bukit turun bukit dan kadangkala terpaksa melintasi kawasan lurah berair, selama hampir 4 bulan, dari Januari hingga April 1️983. .
Aku betekad untuk memohon masuk UPM mengambil bidang Bacelor Sains Perniagaantani kerana aku merasa diri ku macam tidak dihargai lagi, jasa ku selama 5 tahun sebagai Pengurus, lebur begitu sahaja. Aku tak lah kecewa, cuma aku sebenarnya tak pernah membuat sebarang persediaan pon untuk melanjutkan pelajaran ketika umor sudah melepasi 30 tahun. .
Bila aku menerima tawaran dari UPM, aku tanpa berlengah terus memaklum kepada Boss ku di Pejabat Wilayah di Mersing dan aku juga menelipon Ibu Pejabat memberitahu bahawa aku memohon cuti belajar, aku tak dibayar gaji sepanjang pengajian selama 3 tahun.
Macamana aku nak survive, lansung aku tak terfikir masa membuat permohonan masuk ke UPM, sedangkan istariku pula hanya seorang Jurutaip, bergaji tak sampai tiga ratus ringgit sebulan dan simpanan pula tak banyak, sebab aku tak merancang untuk melanjutkan pelajaran.
Aku memang tak fikir semua tu, bila hati dah kecewa.aku hanya ingin protes secara senyap. . Kerja sebagai Pengurus tak lah mewah dan tinggal pula di kawasan yang belum ada penduduk, mana ada sekolah. Anak sulong ku masa tu dah berumor 6 tahun. Faktor tu aku memamang tak terfikir lansung. Asyek kerja, kerja dan kerja.
EPISOD 2️⃣
Pada 1️ Julai 1️983, aku melapor diri ke UPM dan aku ditempatkan di Kolej Kediaman Keempat, mulalah episode aku bergelar sebagai graduan Tua, atau 'Mahasistua'. . Aku akhirnya berjaya mendapat biasiswa JPA dan seorang sahabat sekuliahku ku menasihati aku untuk memohon elaun untuk 2️ orang anak.
Alhamdulillah dapatlah sedikit elaun yang melegakan kesempitan kewangan, tanpa gaji sesen pon. . Dengan biasiswa yang aku terima, aku guna duit tu untuk bayar tambang pulang menjenguk isteri dan 2️ orang anak ku setiap hujung minggu dikampung.
Itulah routine ku hingga aku menamatkan pelajaran selama 3 tahun. . Ada satu kisah yang ingin ku kongsi di sini, 'Satu hari, sebaik aku tiba dirumah tempat isteriku tinggal, di satu Daerah di Layang Layang, Johor, isteri ku mengadu, “Cincin perkahwinan kami hilang”
Termangu aku mendengarnya, penat tidu dalam keretapi kelas tiga belum pon hilang, timbul satu kerja pula,Hi Hi. 😂
“Macamana boleh hilang. Cincin kahwin pulak tu!" selepas memberitahu tentang kehilangan cincin, isteriku bergegas menghantar anak ku ke sekolah dan dia pula terus ketempat kerja.' Masa zaman tu, aku mana ada telefon bimbit. Perhubungan dengan isteriku hanya mengguna telefon awam. .
Macamana cincin boleh hilang? Manalah aku tahu, aku baru jer sampai ke rumah. Sepanjang malam aku di dalam keretapi dari Kajang. Setelah mandi, tanpa berfikir panjang, aku keluar pergi ke lubang sampah di belakang rumah, Di dalam lubang sampah, aku terlihat ada sebungkus bekas bungkusan nasi lemak. Tanpa berfikir panjang aku buka bungkusan itu dan ternampaklah cincin isteri ku yang dia kata hilang, ada dalam bungkusan nasi lemak yang tinggal sisa-sisa sambal jer tu.' .
Apa yang menggerakkan hati ku untuk ke lubang sampah ialah Allah. aku tak terfikir langsung bgaimana dan bila semua itu berlaku dan isteriku pula tak sempat menceita segala punca yang berlaku.
EPISOD 3⃣
Satu hari, selepas kuliah aku ke bilik Pensyarah yang mengajar subjek Ekonomi. Dia beri aku markah A ke atas kerja tugasan yang diberi, aku gembira sebab mendapat markah A, Pensyarah tu berkata "UPM nak tawar you jadi Tutor dan setahun lepas tu UPM akan hantar you buat Master Degree di London. Jika you mahu, minta Borang di meja kerani saya" .
Mendengar tawaran tersebut, aku cuma terfikir, bagaimana nanti bila tiba musim sejuk, aku ada masalah batuk, bagaimana jika aku batuk berpanjangan, tentu akan mengganggu suasana bilik kuliah jika aku terbatuk. 'Aah, pening aku memikirkannya'. . Aku dah ambil borang untuk memohon jawatan Tutor tersebut, tetapi aku memilih juga untuk bekerja dengan Felda, aku ditempatkan di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pertanian. .
Abu meneruskan perkhidmatan ke dengan Felda dengan penuh dedikasi dan akhirmya aku mengambil keputusan bersara awal pada umor 52️ tahun. Puncanya kerana aku diturunkan pangkat dari jawatan Pengurus Besar pada tahun 2️003, gara gara perebutan jawatan oleh sekelompok Pegawai Kanan. .
Aku memberanikan diri menghantar email kepada Datuk Fadzil, bapa kepada Menteri Komunikasi, yang ketika itu telah menerajui Felda Holding, aku menyatakan hasrat untuk bertugas dengan Felda Technoplant. Tanpa ada banyak masalah aku telah diterima oleh CEO Felda Technoplant dan di tempatkan di Kuantan.
Aku berkhidmat di situ hingga aku bersara wajib pada Feb 2️008. Aku bersara wajib pada umor 56 tahun. . Semasa aku baru mula tugas ditempat baru, kerani ditempat terakhir aku bertugas di Jabatan Pertanian, Ibu Pejabat Felda, telefon dan beritahu aku yang dia menanggung kerja aku mengurus Pojek Lembu Fidlot di Chuping. Tercengang juga aku dibuatnya, mana mungkin seorang kerani ditugas ambil alih tugas seorang Pegawai Pertanian.
Agaknya itu hanya untuk tempoh tertentu sehingga seorang Pegawai Pertanian baru dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan yang aku tinggalkan. Sepatah kata pakar Perniagaan pernah menyebut, “Jika kita tidak merancang, bermakna kita merancang untuk kegagalan” Aku pon tak merancang, tapi perancangan Allah lah yang terbaik buat diriku.
Syukur, Alhamdulillah.
Nota kaki, 1️.
Saya pilih Tn Hj El Azhar Umar untuk jadi penerbit 2️. Lagu pilihan saya, “Fikirkan Boleh” oleh Metropolitan, “Semai Bakti”, lagu Resmi Felda, dan “Tiada Dendam” oleh Zara Zya 3. Hari: Khamis.
Nukilan’ Rahman Desa,
Kuala Lompur.
.











No comments:
Post a Comment