SOLAT WAHSYAH UNTUK ALLAHYARHAM
Makna wahsyah (وحشة) dari segi bahasa bermaksud rasa sunyi, takut, terasing, atau keluh-kesah. Maka Tujuan solat wahsyah adalah untuk memohon kepada Allah SWT agar menghilangkan rasa sunyi, takut, dan kegelapan yang dialami oleh mayat di alam kubur yang baru.
Namun, kita amat mengharap dan yakini yang bahawa Asy-syahid Rahbar kita TELAH DILINDUNGI dari rasa sunyi, takut, terasing, atau keluh-kesah.
Namun, mengapa kita hadiahkan Solat Wahsyah?
Ada yang memikirkan bahawa Asy-syahid Rahbar dan capai maqam Syahid, apa masih perlu kepada hadiah Solat Wahsyah? Ya, masih. Memang itu adalah kebiasaan yang kita lakukan kepada mukmin yang baru meninggal.
Namun, pandangan peribadi UNCLE, kesannya lebih KEPADA diri kita yang KINI diliputi oleh rasa sunyi, takut, terasing, atau keluh-kesah akibat dari hilangnya kehadiran sosok mulia, Asy-syahid Rahbar. Moga Hadiah ini lebih menenangkan diri kita.
jUMAAT - 10 Julai 2026







No comments:
Post a Comment