Sunday, September 13, 2026

 SAWAN DI ALAMI ANAK AUTISM (NON-VERBAL)

.


Rujuk foto

.

Terpaksa tidurkan Ibrahim guna full bius (GA) hanya semata utk MRI. Tapi kenapa sampai tahap macam tu?

.

Semuanya bermula pada tarikh 30 Disember 2025, aku melihat dengan mata sendiri mata anak terbeliak, tangan kaki mengejang dan badan menggeletar.

.

Sangat menggoncang dada dan meruntun hati seorang ayah. 

Buat kali pertama, usianya baru 12 tahun 2 bulan, dia diserang sawan tarik penuh (grandmal seizure).

.

Bagi anak autisme non verbal, sawan menjadi lebih bahaya dan mencabar.

.

Anak yang bercakap boleh bagitau sakit kepala atau "aura" sawan nak datang jadi mak ayah sempat bersedia. 

.

Tapi bagi anak autisme non verbal, sawan boleh datang 'at any time' tanpa sebarang amaran.

.

Ramai tak tau. Risiko sawan pada anak autisme melonjak bila mereka melangkah baligh/remaja akibat perubahan hormon dan neurologi. 

.

MRI otak wajib dilakukan supaya doktor dapat check details jika ada kecederaan, keradangan dan kecacatan litar saraf otak, demi pelan ubat anti sawan yg tepat.

.

Tapi bagaimana nak buat anak autisme non verbal yang ada SPD ini baring tak bergerak selama 45 minit hingga sejam, dalam ruang sempit dan bunyi kuat mesin MRI?

.

Percubaan pertama dulu.. gagal. Doktor dah bagi ubat sedatif maksima ikut ukuran berat dan tinggi dia. Tapi tubuh badan dan saraf dia melawan habis. Mata dia tetap celik dan masih bergerak aktif.

.

Bila kepala bergerak walau hanya 1cm dlm MRI, imej scan tu terus rosak dan tak sah. MRI hari itu terpaksa dibatalkan terus.

.

Percubaan kedua, semalam, guna general anaesthetic (GA) atau full bius.

.

Sepanjang usianya 13 tahun, ini kali ketiga dia terpaksa full bius.

.

1- Kali pertama, masa Ibrahim 6 tahun. Urat keting dia hampir putus (Achilles tendon severe cut). Jahit tendon dan kaki simen dari jari sehingga peha selama 6 minggu.

.

2- Kedua, berkhatan/sunat.

.

3- Ketiga, semalam. Hanya untuk dia diam tanpa gerak buat MRI.

.

Malam sebelum tu Ibrahim hanya dapat lelap 1 jam je. Maybe sebab itu urusan bius pagi jadi mudah.

.

Tapi saat paling berat bukan waktu tunggu.. ianya saat nak lepaskan dia.

.

Sebelum dia diintubate dan mask oksigen dipasang, doktor suruh aku cium dan bacakan doa buat dia. Genggam tangan dia buat kali terakhir sebelum ubat bius meresap ke saraf.

.

Dalam hati, cuma satu harapan... tiada komplikasi berlaku, semasa mahupun selepas GA ni.

.

Bagi orang lain, prosedur MRI ini macam rutin biasa je. Baring, tutup mata dan tunggu siap.

.

Tapi bagi keluarga anak autisme, ia menuntut pengorbanan emosi, mental, tenaga dan tak putus doa.

.

Mohon kawan-kawan dan semua  titipkan doa untuk Ibrahim, agar dia bangun dari bius dengan selamat, tenang, dan keputusan MRI beri jalan terbaik rawatan untuk dia. Amin ya rabb 🤲

.

Ramai anak2 dluar sana yg diuji...apa salahnya buka mulut,sampaikan harapan, menjadi jambatan ....

.

Letakkan diri dlm kasut ibubapa anak yg diuji. Kita hulur solusi, hidayah milik ALLAH💓

.

Rasa sesuatu?

.

#PapaBunayya #JurnalAyahAutisme #AutismeMalaysia #RealLifeBukanTeori #3Anak3Autisme #DariSudutAyah #YaBunayya

No comments:

Post a Comment

My Podcast

Visitors

widgeo

Iran News